Kemelut yang berlaku diantara Siti Nordiana dan Lan Solo, Syura Badron serta tiga lagi individu beberapa minggu yang lalu telah memasuki episode baharu apabila Nana telah menuntut RM500,000 setiap seorang.
Kini, lima sekawan yang tengah berdepan dengan kes saman fitnah itu telah menggunakan khidmat guaman berbeza bagi berdepan dengan proses undang-undang yang sedang dijalankan.
Menurut peguam Muhammad Hafiz Hood, dia bersama Alan Razak hanya bertindak bagi pihak tiga individu sahaja iaitu Syura Badron, Lan Solo dan isterinya, Sheila Hassim sahaja.
Sementara itu, dua lagi individu iaitu Aida G dan jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin, masih belum diketahui siapakah peguam yang mewakili mereka.
Dalam pada masa yang sama, Hafiz memberitahu kemungkinan dua-dua pihak peguam akan berbincang untuk mediasi di luar mahkamah selepas proses memfailkan kesemua penyataan.
Buat masa sekarang, tiada perkembangan lain yang boleh dikongsikan. Bila kami dah selesai failkan penyataan pembelaan, barulah kami akan maklumkan apa intipati penyataan tersebut
Sekadar info, isu ini tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan yang mengejut berkaitan dengan konflik yang berlaku diantara mereka dengan Nana menerusi sesi siaran langsung di Instagram Live.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
brunes
August 20, 2021 at 2:54 pm
ahahahha geng rempit2 saman menyaman
Leylla Elskens
August 20, 2021 at 12:19 pm
Bila nana bgi peluang untuk minta maaf tak digunakan sebaik2nya..skrg dh nak kene kluar duit bru nak settle luar..???
anon
August 20, 2021 at 9:16 am
bukan takut takde duit tp takut mahkahmah kata nak saman pun kukuh..suruh lawyer settle luar. kang tak pasal2 issue seluar dlm nana pun terkeluar
Anonymous
August 20, 2021 at 8:35 am
xdak duit la tu nak bayar. caittttt….tau pon takut