Kes Saman Fitnah Siti Nordiana, Peguam Syura, Lan Solo Dan Isteri Mahu Bincang Luar Mahkamah

Hiburan

Kes Saman Fitnah Siti Nordiana, Peguam Syura, Lan Solo Dan Isteri Mahu Bincang Luar Mahkamah

Kemelut yang berlaku diantara Siti Nordiana dan Lan Solo, Syura Badron serta tiga lagi individu beberapa minggu yang lalu telah memasuki episode baharu apabila Nana telah menuntut RM500,000 setiap seorang.

Siti Nordiana
3 years ago

Siti Nordiana Hantar Writ Saman, Tuntut RM2.5 Juta Serta Permohonan Maaf Secara 'Live'

Advertisement

Kini, lima sekawan yang tengah berdepan dengan kes saman fitnah itu telah menggunakan khidmat guaman berbeza bagi berdepan dengan proses undang-undang yang sedang dijalankan.

Menurut peguam Muhammad Hafiz Hood, dia bersama Alan Razak hanya bertindak bagi pihak tiga individu sahaja iaitu Syura Badron, Lan Solo dan isterinya, Sheila Hassim sahaja.

Siti Nordiana & lima sekawan

Sementara itu, dua lagi individu iaitu Aida G dan jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin, masih belum diketahui siapakah peguam yang mewakili mereka.

Dalam pada masa yang sama, Hafiz memberitahu kemungkinan dua-dua pihak peguam akan berbincang untuk mediasi di luar mahkamah selepas proses memfailkan kesemua penyataan.

Buat masa sekarang, tiada perkembangan lain yang boleh dikongsikan. Bila kami dah selesai failkan penyataan pembelaan, barulah kami akan maklumkan apa intipati penyataan tersebut

Sekadar info, isu ini tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan yang mengejut berkaitan dengan konflik yang berlaku diantara mereka dengan Nana menerusi sesi siaran langsung di Instagram Live.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...