Kes Rebut Hasil Tanaman Jagung, Abang Cedera Parah Ditetak Adik Positif Dadah

Kehidupan

Kes Rebut Hasil Tanaman Jagung, Abang Cedera Parah Ditetak Adik Positif Dadah

Air dicincang tidak akan putus, itulah pepatah yang sesuai digunakan untuk hubungan antara adik beradik yang selalunya bertengkar tapi akan berbaik semula.

Namun, lain ceritanya bagi adik beradik ini apabila satu perselisihan faham berlaku hanya kerana berebut hasil tanaman jagung yang diusahakan di atas tanah milik arwah bapa.

Advertisement

Memetik laporan Kosmo, seorang penagih dadah sanggup menetak abangnya sendiri dengan sebilah parang dan kejadian dikatakan berlaku di Kampung Tualang Keliki.

Difahamkan sehari sebelum kejadian, berlaku pergaduhan antara suspek dengan kakaknya pada pukul 9.30 malam dipercayai berpunca daripada kutipan hasil jagung sebelum dia menghunus pisau kepada wanita tersebut.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Mohd. Zahir Abdullah menyatakan bahawa abang kepada suspek cuba meleraikan pergaduhan sebelum dicederakan dengan pisau.

Susulan kejadian itu, abangnya dihantar ke Hospital Machang untuk menerima rawatan sebelum dibenarkan pulang pada malam itu.

Walaubagaimanapun, suspek masih tidak berpuas hati dengan abangnya dan datang keesokan harinya dengan membawa sebilah golok untuk menetak mangsa.

Tetakan menyebabkan mangsa cedera pada bahagian lengan, kepala dan lutut dan abangnya dihantar semula ke Hospital Machang untuk rawatan lanjut.

Mohd Zahir menerangkan polis telah mengesan mangsa sebelum mencekupnya kira-kira pukul 3.20 pagi di kawasan kebun jagung pada Sabtu lalu.

Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah methamphetamine selain rekod lampau berkait kes jenayah dan satu kes dadah.

3 years ago

(VIDEO) "Jangan Cari Pasal" - Netizen Puji Polis Tangkas Kejar Penjenayah Lari Dari 'Roadblock'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...