(VIDEO) “Jangan Cari Pasal” – Netizen Puji Polis Tangkas Kejar Penjenayah Lari Dari ‘Roadblock’

Kehidupan

(VIDEO) “Jangan Cari Pasal” – Netizen Puji Polis Tangkas Kejar Penjenayah Lari Dari ‘Roadblock’

Baru-baru ini tular di applikasi TikTok, hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Syiema Manaf yang memaparkan aksi kejar mengejar antara pihak polis dengan seorang penjenayah.

Difahamkan, penjenayah merupakan warga asing yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri lengkap telah bertindak melarikan diri dari sekatan jalan raya atau roadblock telah berjaya diberkas oleh pihak polis.

Advertisement

Menerusi video tersebut, ketangkasan pihak polis dalam menjalankan tugas mereka mengejar penjenayah dari Sungai Buloh hingga Subang telah mendapat perhatian serta pujian daripada orang ramai.

polis

Aksi kejar mengejar petang-petang ni.. Finally tumpas.. Terbaik Abam Polis.

Sehingga kini, video perkongsian tersebut telah meraih 3.5M tontonan, 234.6K tanda suka, 8.0K komen di laman TikTok.

@syiema_manaf

Aksi Kejar Mengejar Petang2 Ni..Finally Tumpass ..Terbaik Abam Polis??

? bunyi asal – Syiema_Manaf – Syiema_Manaf

Meninjau di ruangan komen, para penonton turut memberikan pelbagai reaksi. Rata-rata mereka mengucapkan penghargaan kepada pihak polis yang sanggup bergadai nyawa demi memberkas penjenayah tersebut.

Terbaik polis yang langgar pintu tu, sanggup risikokan diri sndiri demi tanggungjwab dan semua PDRM Malaysia terbaik. – Netizen.

Selain itu, ada juga penonton yang memuji perakam video kerana merakam dengan baik dan memuat naik video yang berkualiti tinggi.

Kualiti video abang macam tengok movie, permulaan dengan ending dalam 1 video, goodjob bang, rakyat Malaysia perlukan lebih ramai cameraman macam abang ni,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

telekung
2 years ago

Keluar Makan Dengan Telekung Lepas Habis Tarawih, Gadis Seronok Kongsi 'Vibes' Bulan Ramadhan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...