Kes Pengasuh Dera Bayi: Taska Rupanya Belum Dapat Lesen, JKM Tutup Operasi Serta-Merta

Berita

Kes Pengasuh Dera Bayi: Taska Rupanya Belum Dapat Lesen, JKM Tutup Operasi Serta-Merta

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menutup operasi sebuah taska yang dipercayai terlibat dalam kes penderaan dua bayi di Mutiara Rini, Skudai, Johor Bahru.

Menurut laporan Buletin TV3, taska berkenaan juga disahkan tidak mempunyai lesen untuk beroperasi.

Advertisement

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Khairin-Nisa Ismail berkata cawangan taska itu yang terletak di dua lokasi lain juga ditutup.

Sumber: Utusan

Kalau belum dapat kebenaran daripada ketiga-tiga pihak ini, JKM memang tidak boleh keluarkan lesen.

Difahamkan, taska berkenaan masih belum mendapatkan lesen daripada JKM kerana belum mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan bomba.

Sebelum ini pun kita dah nasihat supaya tidak beroperasi tanpa lesen tapi pengusaha berdegil dan tetap beroperasi juga.

 

Sumber: Facebook

Bukan itu sahaja, Khairin-Nisa memaklumkan pengusaha dipercayai telah memohon lesen awal tahun ini namun beroperasi secara haram selama tiga hingga empat bulan.

Justeru itu, ketiga-tiga cawangan taska berkenaan ditutup serta-merta oleh JKM negeri di bawah Seksyen 20a Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.

Jika disabit kesalahan, pengusaha boleh didenda RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

11 months ago

Kes Pengasuh Dera Bayi Asuhan, Netizen Cari Sampai Lubang Cacing - "Akhirnya Bainun Ada BFF"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Buletin TV3

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...