Tular di media sosial beberapa tekaan nama pelawak oleh pengguna warga maya yang dikatakan terlibat dalam kes pemerdagangan manusia seperti yang dihebahkan oleh media semalam.
Antara nama yang ‘dipetik’ terlibat dalam kes tersebut adalah pelawak Tauke daripada kumpulan Jambu namun dia dilihat telah tampil menafikan penglibatannya dalam kes berprofil tinggi itu.
View this post on Instagram
Hari ini, nama pelawak Shahrol daripada kumpulan Shiro pula disebut-sebut sebagai suspek oleh netizen.
Shahrol memaklumkan bahawa dia ada menerima pertanyaan mengenai kes tersebut malah daripada sahabatnya sendiri.
Beberapa sahabat bertanya adakah itu saya, dan saya telah menjelaskan itu bukan saya. Terima kasih kerana bertanya dahulu dan pada yang komen terus menuduh saya, saya tak mahu kalian merangkak di Padang Mashyar mencari saya dan fokus pada dosa-dosa lain kerana saya dah memaafkan anda.
Penafian tersebut dikongsikan Shiro menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.
View this post on Instagram
Terdahulu, media melaporkan bahawa seorang pelawak terkenal telah ditahan di sebuah hotel bertempat di Kuala Pilah pada Ahad lalu bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia.
Difahamkan polis juga telah menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang bagi tujuan seks.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.