Kes Pemain Bola Sepak Belasah GF, Ada Pihak Tampil Dakwa Diserang Lelaki Yang Sama – “Dikasari, Dicekik…”

Trending

Kes Pemain Bola Sepak Belasah GF, Ada Pihak Tampil Dakwa Diserang Lelaki Yang Sama – “Dikasari, Dicekik…”

Pendedahan teman wanita kepada seorang pemain bola Sabah FC tentang keganasan yang dilakukan terhadapnya menjadi bualan hangat sejak semalam.

Menurut wanita dikenali sebagai Hana itu, dia telah dikasari dengan cara dipukul, digigit malah turut dihempas ke atas lantai oleh pemain tersebut.

Advertisement

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di dalam bilik sebuah hotel di Petaling Jaya dan Hana mengalami  kecederaan disebabkan serangan itu.

rizal belasah awek
11 months ago

"Dia Pukul, Gigit & Campak Saya Ke Lantai" - Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel

Susulan laporan polis dibuat olehnya, pemain bola sepak Liga Super terbabit telah ditahan pihak polis untuk membantu siasatan berkenaan dakwaan tersebut.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata polis menerima laporan bahawa berlaku perselisihan faham antara mangsa dan suspek.

Mangsa berusia 37 tahun mengalami kecederaan di bahagian badan dan kerosakan telefon bimbit miliknya.”

rizal2

Suspek berusia 30 tahun yang juga merupakan bekas pemain Harimau Malaya itu bagaimanapun kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

Sementara itu, Hana juga mendedahkan bahawa dia bukanlah orang pertama yang dicederakan kekasihnya apabila ada pihak tampil mengaku pernah menjadi mangsa lelaki yang sama.

Dalam pada itu, Hana yang merupakan seorang doktor turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan kata-kata semangat dan menyokongnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...