“Dia Pukul, Gigit & Campak Saya Ke Lantai” – Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel

Trending

“Dia Pukul, Gigit & Campak Saya Ke Lantai” – Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel

Seorang doktor wanita mendedahkan dirinya telah dibelasah oleh kekasih yang juga merupakan pemain bola sepak selepas berlaku pertengkaran.

Menurut sumber, lelaki tersebut merupakan bekas pemain kebangsaan dan kini masih aktif beraksi untuk pasukan sebuah negeri.

Advertisement

Perbuatannya itu bukanlah kali pertama namun menurut pendedahan teman wanitanya itu ia sudah berlaku beberapa kali menyebabkan dia membuat keputusan untuk mendedahkan kepada umum.

Memang ada pergaduhan antara mereka namun saya tidak mengetahui lebih lanjut. Saya dimaklumkan, pemain terbabit sering ‘naik tangan’ apabila tidak berpuas hati dengan kekasihnya itu.”

rizal2

Wanita itu juga mendakwa ditinggalkan berseorangan dalam kesakitan di dalam bilik hotel dan kemudian membuat laporan polis.

Sementara itu, menerusi Instagram wanita dikenali sebagai doktor Hana Rose itu kekasih hatinya merupakan pemain bola sepak Sabah, Rizal Ghazali.

laporan

Ruangan komen hantaran tersebut dipenuhi dengan komen netizen terutamanya mereka yang tahu tentang hubungan Hana dan Rizal.

Rata-ratanya tidak percaya bahawa Rizal bertindak kasar dengan kekasihnya dan ada yang bersetuju Hana mendedahkan perangai sebenar pemain bola itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Pelakon lelaki soleh
11 months ago

Pelakon Lelaki Bermuka 'Soleh' Dan Alim Didakwa Pukul Teman Wanita Berulang Kali

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...