Kes Pecah Amanah Yayasan Akal Budi, Nasib Zahid Hamadi Akan Ditentukan Esok

Berita

Kes Pecah Amanah Yayasan Akal Budi, Nasib Zahid Hamadi Akan Ditentukan Esok

Nasib Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan nilai puluhan juta dana daripada Yayasan Akalbudi akan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, esok seperti laporan Kosmo Online.

Keputusan sama ada Zahid diperintah untuk membela diri atau dibebaskan daripada kesemua pertuduhan akan ditentukan oleh Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Advertisement
Zahid hamidiSumber : Google  

Seramai 99 orang saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan pendakwaan sejak 18 November 2019 yang lalu.

Mengikut pertuduhan, Zahid telah didakwa atas 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, 8 kes rasuah dan 27 adalah kes pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Zahid dituduh menggunakan dana tersebut bagi kepentingan peribadi seperti menggunakannyanuntuk membayar hutang kad kredit persendirian, polisi insurans serta lesen kenderaan persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia.

Presiden UMNO itu didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUA) 2001.

Zahid Hamidi dan Isteri
3 years ago

Ahmad Zahid Dan Isteri Guna RM1.3 Juta Dana Yayasan Akal Budi Beli Hermes, Giorgio Armani, Louis Vuitton

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...