Ahmad Zahid Dan Isteri Guna RM1.3 Juta Dana Yayasan Akal Budi Beli Hermes, Giorgio Armani, Louis Vuitton

Berita

Ahmad Zahid Dan Isteri Guna RM1.3 Juta Dana Yayasan Akal Budi Beli Hermes, Giorgio Armani, Louis Vuitton

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dimaklumkan bahawa bekas TImbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menggunakan dana daripada Yayasan Akal Budi (YAB) lebih daripada RM1.3 juta bagi membayar bil kad kreditnya yang telah digunakan untuk membeli-belah di gedung mewah seperti Louis Vuitton, Hermes dan Giorgio Armani.

Vaksin 5 G
2 years ago

Muncul Teori Pakai Aluminum Foil Di Kepala, Dapat Elak Sakit Badan Duduk Dekat Orang Dah Divaksin

Advertisement

Perkara tersebut didedahkan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran di mana Ahmad Zahid dan isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis telah membelanjakan jutaan ringgit untuk tujuan berlibur dalam tempoh dua tahun.

Zahid HamidiSumber : Google  

 

Ujar Raja Rozela, penggunaan kad kredit di gedung membeli-belah mewah di seluruh dunia itu bleh disemak melalui penyata bulanan kad kredit.

Walaupun diakui, tabiat berbelanja tertuduh dan isterinya mungkin tidak menjadi masalah dalam kes ini, seseorang akan tertanya-tanya sama ada mereka memikirkan golongan miskin di Malaysia ketika mereka membeli-belah seperti di Hermes atau Louis Vuitton.

Jelasnya lagi, saksi pendakwaan ke-10, Yeoh Eng Leong yang juga naib presiden kanan AmBank telah mengesahkan perkara itu di mana menerusi penyata kad kredit yang diutunjukkan, jumlah pembayaran yang diterima bank dari Januari 2014 hingga Januari 2016 adalah sebanyak RM1,296,715.98.

Ahmad Zahid juga dilaporkan telah menggunakan wang daripada YAB untuk membayar cukai jalan dan insurans bagi 20 kenderaan milinya dan tiga yang lain, isterinya, BZ Motors dan Juhari Janan.

“Jumlah yang terlibat adalah RM107,508.55 (pembelian insurans dan cukai jalan) Tidak ada kenderaan milik Yayasan Akal Budi.” katanya.

Ahmad Zahid,68, telah berdepan 47 pertuduhan melibatan 12 bagi pertuduhan pecah amanah, 8 kes rasuah dan 27 pertuduhan penggubahan wang haram yang melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akal Budi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...