Kes Kematian Baby Adam, Siti Bainun Dipanggil Polis Untuk Rakam Keterangan

Berita

Kes Kematian Baby Adam, Siti Bainun Dipanggil Polis Untuk Rakam Keterangan

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah memaklumkan pihak mereka akan memanggil kembali Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahmad Razali bagi membantu siasatan inkuiri kematian bayi lelaki berusia 10 bulan iaitu Muhammad Adam Rizwi Abdul Azim pada 2020 yang lalu.

Lapor Astro Awani, pihak polis telah membuka kertas inkuiri dalam usaha untuk menentukan sama ada wujud elemen jenayah dalam kematian baby Adam.

Advertisement
Siti Bainun baby adamSumber : Google  

Dalam pada itu, Ashari turut memberitahu bahawa pihaknya kini sedang mengesan seorang individu yang dikenali sebagai Cikgu Fadli bagi membantu siasatan.

Ini berikutan individu itu mendakwa kononnya tiada proses bedah siasat dilakukan ke atas mayat bayi tersebut.

“Seharusnya individu berkenaan merujuk kepada polis terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan, dakwaan yang dikeluarkan telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan awam dan mendorong kepada tanggapan kononnya polis tidak melakukan siasatan yang baik terhadap kematian mangsa.” ujarnya.

Terdahulu, polis telah mendapati bahawa kematian bayi lelaki berusia 10 bulan itu tidak mempunyai sebarang unsur jenayah dan laporan bedah siasat yang dikeluarkan pihak Hospital Kuala Lumpur menunjukkan bahawa baby Adam meninggal dunia akibat pneumonia (radang paru-paru).

Siti Bainun dan adik Bella
2 years ago

"Tiada Bukti Perubataan Bella Cedera Makan 1,280 Biji Cili Padi" - Peguambela Siti Bainun

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...