“Tiada Bukti Perubataan Bella Cedera Makan 1,280 Biji Cili Padi” – Peguambela Siti Bainun

Hiburan

“Tiada Bukti Perubataan Bella Cedera Makan 1,280 Biji Cili Padi” – Peguambela Siti Bainun

Kes penderaan terhadap remaja Sindrom Down iaitu Bella masih lagi menjadi topik hangat bual bicara orang ramai di media sosial dan kebanyakkannya ingin mengambil tahu tentang perkembangan kes berkenaan.

Sebelum ini, keterangan daripada seorang saksi bernama Yasmin ada memberitahu bahawa adik Bella itu telah diberi makan cili padi sebanyak 1,280 biji oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun, namun didakwa ia sebagai pembohongan terbesar.

Advertisement

Bagaimanapun, menurut laporan dari Malaysia Gazette, saksi memberitahu dia sama sekali tidak menipu semasa memberi keterangan berkenaan.

Siti Bainun

Sebelum ini, saksi Yasmin itu memberitahu adik Bella telah dipaksa memakan cili padi beberapa kali selama seminggu oleh Siti Bainun.

Dalam masa sesi perbicaraan, peguam bertanya kepada saksi sama ada tahu atau tidak jika memakan cili sebanyak itu, ia boleh mengakibatkan perut rosak serta heart burn.

Saksi menjawab kedua-dua pertanyaan tersebut dengan berkata ‘tidak tahu’.

Sebelum berhentinya perbicaraan berkenaan untuk berehat, sebagai peguambela, Nur Aminahtul Mardiah mendakwa Yasmin melakukan 30 penipuan kepada mahkamah, namun dinafikan.

Sumber: Harian Metro
2 years ago

(VIDEO) Dah Tak Pakai Plastik Hitam, Restoran 'Rancak' Jual Makanan Kepada Geng Ponteng Puasa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...