Kes Kelar Isteri & Anak: Lelaki Terpinga-Pinga Ketika Didakwa Di Mahkamah, Bakal Jalani Pemeriksaan Mental

Berita

Kes Kelar Isteri & Anak: Lelaki Terpinga-Pinga Ketika Didakwa Di Mahkamah, Bakal Jalani Pemeriksaan Mental

Sebelum ini, tular kes mengenai seorang lelaki yang melarikan diri dalam keadaan berbogel selepas dipercayai mengelar leher isteri dan bayi lelakinya.

Terkini, tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dua pertuduhan membunuh isteri dan bayi lelakinya.

Advertisement

Menurut laporan Harian Metro, tertuduh hanya menjawab faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim.

kes kelar

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh, Mohamad Amir didakwa membunuh isterinya, Hajar Nursyahirin Rosman, di rumah di Jalan Dewasa Kampung Bakar Batu.

Tertuduh juga didakwa membunuh bayi lelakinya, Hans Mohamad Thaqeef, dua bulan lapan hari, di lokasi sama.

Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika didapati bersalah.

kes kelar

Terdahulu, Mohamad Amir yang memakai baju hitam dan seluar biru, kelihatan terpinga-pingga dan sugul apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim kemudiannya membenarkan permohonan pendakwaan untuk menghantar tertuduh ke Hospital Permai, hari ini bagi menjalankan pemeriksaan tahap mentalnya.

Sebutan semula kes berkenaan ditetapkan pada 18 Ogos depan bagi mendapatkan laporan penuh bedah siasat, DNA serta keputusan ujian psikiatri tertuduh.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

TERKINI: Lelaki Didakwa Kelar Isteri Dan Bayi 3 Bulan Negatif Dadah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...