Kecoh dengan isu seorang pelakon popular menerusi drama Hati Perempuan yang ditahan pihak polis atas tuduhan memiliki ganja pada Jumaat lalu. Bagi menjawab segala spekulasi yang timbul, Nadzmi Adhwa tampil membuat pengakuan beliau adalah pelakon yang dicekup polis berkaitan kes tersebut.
Menerusi satu kenyataan dikeluarkan oleh syarikat pengurusannya, Mindorder Sdn. Bhd. Nadzmi memberitahu penahanannya itu adalah kerana terlalu mempercayai rakan baiknya yang sememangya sudah lama dalam pemerhatian polis atas kesalahan memiliki ganja. Nadzmi bagaimanapun dibebaskan kurang dari 24 jam selepas beliau ditahan.
Nasib tidak menyebelahi saya apabila pihak berkuasa menahan saya sewaktu berada bersamanya. Kesilapan saya adalah terlalu mempercayai teman dan terpengaruh. Bagaimanapun peristiwa ditahan pihak berkuasa banyak memberikan pengajaran kepada saya agar lebih berhati-hati dalam memilih kawan. Saya yakin tidak bersalah dalam hal ini dan telah pun dibebaskan tidak sampai 24 jam selepas ditahan.
Semoga apa yang jadi kepada Nadzmi turut dijadikan pengajaran bagi orang ramai agar lebih berhati-hati dalam memilih kawan. Jangan sampai anda juga jadi mangsa atas perbuatan negatif orang lain.