Pelakon Drama Hati Perempuan Ditangkap Miliki Ganja

Hiburan

Pelakon Drama Hati Perempuan Ditangkap Miliki Ganja

Seorang pelakon yang mula dikenali menerusi drama Hati Perempuan telah diberkas pihak polis atas tuduhan memiliki ganja. Dalam kejadian yang berlaku pada jam 1.30 pagi Jumaat lalu, polis mendapati suspek memiliki tin berisi ganja yang diletakkan dalam kereta jenis Honda Jazz miliknya.

Advertisement

Pelakon tersebut yang berusia 25 tahun, ditahan di stesen minyak Petronas, Jalan Bukit Setiawangsa, Kuala Lumpur bersama adik lelakinya berusia 24 tahun serta rakan mereka. Polis juga menemui  botol lut sinar yang diubah suai menjadi alatan menghisap ganja, serta ganja mampat  di dalam plastik yang dianggarkan berat melebihi 5 gram disembunyikan di tempat duduk belakang pemandu.

Mereka dibawa ke Balai Polis Wangsa Maju untuk siasatan lanjut dan hasil ujian air kencing yang dilakukan juga mendapati pelakon tersebut positif dadah jenis ganja. Difahamkan artis terbabit juga merupakan seorang pengacara rancangan berbentuk “travel” yang disiarkan di stesen televisyen terkenal Malaysia.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...