Kes Gangguan Seksual Ditutup: Arif Dollah Bakal Saman Tegar Dan Sufi AF2015

Hiburan

Kes Gangguan Seksual Ditutup: Arif Dollah Bakal Saman Tegar Dan Sufi AF2015

Sekitar awal tahun ini, penyanyi kanak-kanak terkenal Indonesia telah menuduh bekas pengurus beliau Arif Dollah melakukan gangguan seksual terhadapnya, malah kenyataan Tegar turut di sokong oleh bekas anak tiri Arif sendiri iaitu Sufi AF2015 yang mendedahkan bekas bapa tirinya itu pernah melakukan seks oral bersamanya secara paksa.

Advertisement

Terbaru, selepas beberapa siasatan dijalankan pihak polis Singapura mengesahkan mereka tidak akan membuat sebarang dakwaan kepada Arif kerana tiada bukti kukuh yang menunjukkan beliau bersalah. Malah, kenyataan Tegar kepada pihak polis juga agak rapuh dan tidak konsisten, maka pihak mereka juga membuat keputusan untuk menutup kes tersebut.

Alhamdulillah dengan rasa syukur selepas enam bulan melalui pelbagai tuduhan dan fitnah saya akhirnya dapat menarik nafas lega kerana siasatan mengenai dakwaan Tegar terhadap saya telah selesai. . Pihak polis memaklumkan tiada sebarang dakwaan akan diambil terhadap saya dan kes itu telah pun ditutup.

Tambah Arif, beliau sudah melantik seorang peguam yang akan memfailkan saman malu terhadap Tegar, Sufi serta dua lagi individu iaitu Nur JM (penulis blog) dan seorang lelaki yang didakwa sebagai dalang kes berkenaan iaitu Ali Najib Baksher. yang telah memburukkan namanya sebelum ini.

Menafikan tindakan beliau itu sebagai satu balas dendam, Arif memberitahu beliau mahu orang ramai tahu kebenaran disebalik apa yang berlaku.

Peguam saya akan mengeluarkan notis saman malu terhadap empat individu yang disebut itu dalam masa terdekat ini. Saya tidak akan berkrompomi dalam hal ini dan akan tetap memfailkan saman malu terhadap keempat-empat individu berkenaan dan beberapa pihak lain yang sedang dalam pertimbangan.

Satu sidang media akan diadakan di Kuala Lumpur dan Jakarta dalam masa terdekat untuk Arif menerangkan segala butiran kes berkenaan dengan lebih lanjut.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...