Terdahulu, kecoh di rata-rata media sosial mengenai insiden pergaduhan yang berlaku diantara penyanyi Fyna Jebat dan madunya, Datin Zalini Zaini.
Bukan itu sahaja, pergaduhan itu turut menyaksikan kejadian tarik menarik rambut antara Fyna dan Datin Zalini di sebuah restoran mamak di Shah Alam.
Susulan itu, kedua-dua isteri kepada bekas jurulatih Liga Super, Datuk Zainal Abidin Hassan itu telah membuat laporan polis.
Terkini, kes pergaduhan antara mereka akhirnya menemui titik noktah apabila Fyna dan Datin Zalini menyelesaikan konflik itu secara baik.
Difahamkan, kes itu selesai selepas isteri pertama menarik semula laporan polis berhubung insiden itu kira-kira dua minggu lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim, kes tersebut diklasikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).
Mereka sudah tarik report. Wife telah tarik report dua minggu lalu.
Kalau ikut tempoh hari, kita kena bagi bon tetapi mereka telah tarik report dan masing-masing selesai secara baik.
Sebelum ini, siasatan polis mendapati punca pergaduhan tercetus apabila Datin Zalini tersindir dengan kenyataan adik kepada Ayda Jebat itu di dalam sebuah program selain berang kerana berkahwin dengan suami tanpa pengetahuannya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.