Kes Ditumbuk Pengarah: Ika Nabella Sudah Buat Laporan Polis

Hiburan

Kes Ditumbuk Pengarah: Ika Nabella Sudah Buat Laporan Polis

Pagi tadi kami ada menyiarkan artikel dimana pelakon Ika Nabella ditumbuk bertubi-tubi dibahagian muka dan badan oleh pengarah drama Dawai Asmara sehingg aktres tersebut tidak mampu untuk membuka mulutnya.

Advertisement

Susulan kes tersebut, Ika Nabella mengesahkan beliau sudah membuat satu laporan polis sekitar jam 12 tengah malam tadi ditemani rakan dan adiknya di Balai Polis Hulu Klang.

Semalam selepas berehat seketika, sekitar jam 12 tengah malam saya ditemani kawan dan adik membuat laporan mengenai insiden itu di Balai Polis Hulu Klang. Saat ini, saya hanya menunggu siasatan lanjut pihak berkuasa. Penggambaran drama itu juga dihentikan

Ika pada masa yang sama mengakui merasa trauma selepas apa yang terjadi kerana sepanjang beliau berlakon perkara sebegini tidak pernah berlaku kepada dirinya.

Memang saya sedikit trauma dengan kejadian itu. Selama ini sejak berlakon tak pernah saya melalui insiden sebegitu.

Dalam insiden itu, pengarah tersebut merasa berang dan bertindak di luar kawalan kerana tidak dapat apa yang beliau inginkan dalam watak yang dibawa oleh Ika dalam drama tersebut.

Ini bukan kali pertama pengarah tersebut membelasah artis, sebelum ini beliau pernah bertindak sebegitu terhadap 3 lagi selebriti  yang hanya berdiam diri selepas dipukul.

Berat juga kes macam ini, mungkin pengarah tersebut terlebih emosi dan akhirnya kerana panas hati Ika Nabella pula jadi mangsa. Nantikan perkembangan lanjut kes ini, buat masa ini pengarah tersebut sedang mengelak daripada pihak media yang menginginkan penjelasan lanjut.

Sumber Berita: BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...