Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ika Nabella Kena Pukul Dengan Pengarah Dibahagian Muka Dan Badan

Pelakon Ika Nabella yang juga bekas peserta Akademi Fantasia dilaporkan telah dipukul oleh seorang pengarah dalam satu kejadian yang berlaku pada tengah hari semalam.

Advertisement

Menurut  sumber yang menyaksikan kejadian tersebut, Ika telah ditumbuk secara bertubi-tubi pada bahagian badan dan muka ketika berada dalam set penggambaran drama Dawai Asmara di Hulu Kelang.

Susulan dibelasah teruk,  Ika cedera pada bahagian mulut dan sehingga kini beliau tidak dapat membuka mulutnya.

Semuanya berpunca apabila pengarah itu merasa berang dan bertindak di luar kawalan kerana tidak dapat apa yang beliau inginkan daripada Ika.

Ini bukan kali pertama pengarah tersebut membelasah artis, sebelum ini beliau pernah bertindak sebegitu terhadap 3 lagi selebriti  yang hanya berdiam diri selepas dipukul.

Advertisement

Ironinya, ini bukan kali pertama kali Ika bekerja dibawah arahan pengarah berkenaan dan mereka tidak pernah mempunyai sebarang masalah sebelum ini.

Ika difahamkan akan membuat satu laporan polis berkaitan insiden tersebut. Percubaan pihak media untuk mendapatkan maklum balas daripada pengarah itu gagal.

Erm, apa yang jadi sampai pukul memukul ni? Serius betul, kita tunggu perkembangan terbaru mengenai kes ini nanti.

Sumber Berita: BH ONLINE

nbsp;

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top