Kes COVID-19 Kanak-Kanak Meningkat, KKM Mohon Vaksin Anak Sebelum 1 April

Berita

Kes COVID-19 Kanak-Kanak Meningkat, KKM Mohon Vaksin Anak Sebelum 1 April

Biarpun akan datang negara Malaysia akan melalui fasa baharu iaitu Fasa Endemik, namun pihak Kementerian Kesihatan (KKM) mengesyorkan golongan ibu bapa untuk segera membawa anak mereka ambil vaksin.

Dalam pada itu, pihak KKM turut berkata ia sebaik-baiknya dilakukan sebelum negara beralih ke fasa baharu iaitu sebelum 1 April.

Advertisement

Menurut kenyataan Timbalan Menteri iaitu Datuk Dr Noor Azmi Ghazali pada hari ini, langkah tersebut diminta untuk dilakukan dengan segera kerana ingin melindungi kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun dari dijangkiti COVID-19.

kanak-kanak vaksin sebelum 1 april

Dari temubual Harian Metro bersama Timbalan Menteri, beliau berkata ibu bapa ketika ini berasa semasa fasa peralihan, kanak-kanak di dalam lingkungan umur sebegitu tidak akan dijangkiti.

Padahal, apa yang mereka tidak tahu adalah terdapat peningkatan sebanyak 160 peratus bilangan kes COVID-19 yang melibatkan kanak-kanak hingga dimasuki ke hospital pada tahun ini.

Sekadar info, sebanyak 1,315,497 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun atau 37.1 peratus populasi di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin COVID-19.

Kanak kanak dibenarkan vaksin
3 years ago

Kanak-Kanak 5 Hingga 11 Tahun Kini Dibenarkan Vaksin Jenis COMINARTY 10mcg

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...