Kes Bunuh Pemandu E-Hailing: 6 Anggota Polis Antara Suspek Pembunuhan – “Punca Sebab Isteri Skandal Dengan Pegawai”

Kehidupan

Kes Bunuh Pemandu E-Hailing: 6 Anggota Polis Antara Suspek Pembunuhan – “Punca Sebab Isteri Skandal Dengan Pegawai”

Seramai 7 orang suspek dilaporkan dituduh di Mahkamah Majistret Tawau hari ini membabitkan kes pembunuhan seorang lelaki warga tempatan pada 13 Januari lepas.

Daripada tujuh orang tersebut, enam merupakan pegawai dan anggota polis manakala seorang lagi adalah orang awam iaitu isteri mangsa, Nurima Juli berusia 32 tahun.

Advertisement

Terdahulu, berita melaporkan tentang penemuan mayat seorang lelaki bergelar Datuk di dalam kawasan semak di Batu 5 Jalan Apas, Tawau bersebelahan Perodua Myvi putih pada 16 Januari.

Siasatan pihak polis mendapati punca adalah kerana tidak berpuas hati selepas berlaku pertengkaran di sebuah pusat hiburan.

Menurut sumber, mangsa berusia 61 tahun itu bertengkar dengan isterinya dan beberapa individu lain di sebuah pub kerana isu hubungan sulit.

Punca pertengkaran dipercayai akibat mangsa tidak berpuas hati dengan pegawai kanan itu menjalin hubungan dengan wanita berkenaan yang masih isterinya ketika itu.”

Mangsa, Nurman Bakaratu dipercayai ditikam di kawasan ladang sawit sebelum mayatnya ditinggalkan di dalam semak dan suspek wanita sudah pun membuat pengakuan telah merancang bersama beberapa individu lain untuk membunuh suaminya itu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata kesemua suspek dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan Seksyen 109 kanun yang sama kerana bersubahat.

Kesalahan ini memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Tawau mati dibunuh
1 year ago

(VIDEO) "Ya Allah Kesian Anak.." - Budak Perempuan Menangis Di Sisi Mayat Ibu Berlumuran Darah, Dipercayai Dibunuh

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...