(VIDEO) “Ya Allah Kesian Anak..” – Budak Perempuan Menangis Di Sisi Mayat Ibu Berlumuran Darah, Dipercayai Dibunuh

Berita

(VIDEO) “Ya Allah Kesian Anak..” – Budak Perempuan Menangis Di Sisi Mayat Ibu Berlumuran Darah, Dipercayai Dibunuh

Tular di media sosial sejak malam semalam apabila satu video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang berlumuran darah menangis di sisi ibunya yang dipercayai dibunuh.

Kejadian ngeri dan tragis itu dilaporkan berlaku di Kampung Titingan, Tawau, Sabah.

Advertisement

Ibu mati dibunuh

Lapor Sinar Harian, mangsa yang juga ibu kepada kanak-kanak itu berusia 30 tahun merupakan mangsa samun dan meninggal dunia akibat leher dikelar oleh penjenayah.

Perkara tersebut turut disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh di mana pihak mereka telah bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan kecemasan sekitar jam 7.26 malam semalam.

Menurut Champin, wanita bersama anaknya yang berusia satu tahun sedang dalam perjalanan ke rumah kakaknya yang terletak kira-kira 300 meter dari rumah sewa mereka.

Sebaik tiba di lorong gelap, mangsa dipercayai disamun dan mangsa cuba untuk melawan. Rantai leher serta subang yang dipakainya hilang.

Siasatan diteruskan termasuk mengesan pelaku dan kes disiasat di bawah seksyen 302 kanun keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh menghulurkan bantuan kepada blik gerakan IPD untuk tindakan selanjutnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Tanah runtuh batang kali
1 year ago

(TERKINI) Tanah Runtuh Di Batang Kali, Dua Maut Dan Lebih 50 Mangsa Masih Belum Ditemui

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...