March 13th, 2015

Niat Hana Elite yang hanya ingin membantu rakannya Watie Elite sebagai penjamin untuk rakannya itu sebelum ini telah membuatkan Hana menempuhi dugaan besar setelah beliau diisytiharkan muflis kerana Watie telah gagal membayar pinjaman tersebut.

Susulan berita tersebut, Hana yang pada waktu itu tertekan mahu mendapatkan haknya semula dan membawa  hal ini ke mahkamah. Hari ini, hampir lima tahun bergelut dengan pelbagai perkara untuk menyelasaikan permasalah ini, pihak Mahkamah Seksyen Selayang telah menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Watie kerana menyebabkan Hana bankrap.

Bukan niat Hana  untuk tidak menyelasaikannya dengan cara baik, namun usaha beliau sebelum ini tidak membuahkan hasil.

Sebelum ini, selama 5 tahun saya mencari dia untuk berbincang. Bukan saya tak cari. Sekarang dia kena selesaikan tanggungjawab untuk langsaikan perkara ini.

Sekarang, Hana sudah merasa lega kerana penantian beliau sebelum ini akhirnya terjawab dan kes tersebut sudah pun selesai.

Alhamdulillah, ketika ini saya tidak boleh berhenti senyum. Saya rasa sangat lega dan bersyukur kepada Allah kerana beri peluang kepada saya untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa. Lepas kejadian yang menimpa saya ini, saya akan lebih berhati-hati dan akan make sure perkara yang sama akan terjadi lagi.

Terdahulu, Hana telah diisytiharkan muflis pada ada April 2013 kerana gagal menyelesaikan bayaran pinjaman bank sedangkan dalam masa yang sama, beliau sendiri tidak mengetahui mengenai pinjaman tersebut.

Ketika itu beliau hanya ingin membantu Watie kerana terhimpit dengan kehidupan yang sukar ketika itu. Atas dasar persahabatan, Hana bersetuju untuk pinjamkan nama dan membayar duit pendahuluan bagi membolehkan Watie membeli sebuah kereta Toyota Wish.

Hana juga menjelaskab sebelum ini suami Watie iaitu Joey ada menghubunginya untuk berbincang dengan cara baik untuk menyelesaikan masalah ini namun menurut Hana perkara tersebut sudah terlambat.

Saya kata saya minta maaf sebab mahkamah sudah jatuhkan hukuman.

Dengan apa yang terjadi Hana berharap Watie dapat menjadikan ia sebagai satu pengajaran di masa hadapan.

Sejujurnya, walaupun kita mengenali seseorang itu dengan baik janganlah mengambil risiko dengan menjadi penjamin dalam sesuatu urusan. Hakiktnya jika mereka gagal melunaskan bayaran yang mereka pinjam pasti kita akan menghadapi masalah yang besar. Segalanya boleh hilang dalam sekelip mata. Harapnya selepas ini Watie akan lebih bertanggungjawab dalam perbuatannya.

Sumber Berita: Malaysian Digest


Comments are closed.

Loading...