February 4th, 2014

Salah satu nasihat yang sering Abang Nara terima ialah jangan sesekali tunjuk baik dan menjadi “penjamin” atau memberi nama kepada rakan-rakan. Tak kiralah sebaik mana pun hubungan anda dengan si rakan, kemungkinan untuk anda muflis atau bankrap amatlah tinggi apabila menjadi penjamin. Membaca kisah yang terjadi kepada Hana Elite di Metro Ahad lalu membuatkan Abang Nara mengeleng-gelengkan kepala.

hana elite muflis

8 tahun yang lalu, atas dasar simpati kepada rakan, Hana telah pun meminjamkan namanya untuk membolehkan Watie Elite membuat pinjaman membeli Toyota Wish. Ketika itu Watie mengalami masalah rumahtangga dan hidup dalam kesusahan. Namun pada April 2013, Hana Elite telah diisytihar muflis kerana Watie tidak membayar pinjaman tersebut. Kata Hana:-

Saya bersetuju buat pinjaman dan bayarkan duit pendahuluan kereta beserta insurans dan cukai jalan sebanyak hampir RM10,000 tetapi dia mesti bayar setiap bulan kepada bank kerana itu keretanya. Saya cuma pinjamkan nama dan bayarkan wang pendahuluan bagi membolehkan dia membeli kereta.

Tak sangka pula dia tidak penuhi janjinya dan saya tak tahu di mana kereta itu sekarang. Menurut pihak bank, tiada bayaran dibuat sejak 2008 dan sebelum itu pun bayaran tidak konsisten.

Selepas pulang dari Australia, Hana mendapati Watie telah pun berkahwin dan menggunakan kereta Toyota Harrier. Ketika itu Hana menganggap masalah mengenai pinjaman keretanya telah selesai. Sayangnya apabila mahu ke Singapura, namanya telah disenaraihitam. Keluarkan duit di bank pun tak boleh. Rupa-rupanya Hana telah diisytihar muflis dan dinasihat supaya berurusan dengan pihak Insolvensi. Tambah Hana lagi:-

Ketika mahu beli kereta itu, kami ada buat perjanjian bertulis depan jurujual tetapi ia tidak boleh dijadikan bukti kerana tidak matikan setem.

Surat saman sudah pun dihantar kepadanya (Watie Elite). Kali ini saya tidak akan bertolak ansur lagi. Sudah lama saya bersabar dan biar perkara ini diselesaikan menggunakan saluran undang-undang.

Sejak diisytiharkan muflis, saya tertekan. Sedihnya hanya Tuhan saja yang tahu.

hana elite muflis

Sementara itu Watie memaklumkan yang dia tidak mengetahui Hana telah bankrap dan tidak pernah terlintas di hatinya untuk menyusahkan Hana. Diharap Hana dan Watie dapat menyelesaikan masalah ini. Kepada Watie, janganlah buat begini terhadap rakan anda. Masa susah dah ditolong, balaslah balik jasa baik rakan anda. Tak gitu?

P.S: Seni awesome di persisiran pantai


Comments are closed.

Loading...