Untuk pengetahuan ramai, pendakwah bebas Ustazah Asma’ Harun yang sangat dikenali ramai mempunyai sebuah kafe miliknya yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan bernama Momen Kafe.
Umum tutup selepas setahun operasi
Biarpun baru setahun membuka kafe tersebut, Ustazah Asma’ membuat pengumuman bahawa kafe berkenaan akan berhenti beroperasi.
Ia susulan kafe tersebut tidak mendapat sambutan ramai, malah pendakwah itu memberitahu mereka hadapi rugi besar.
1. Ustazah Asma’ Harun, 40, mengumumkan penutupan kafe miliknya selepas hanya mampu beroperasi selama setahun. Pendakwah selebriti itu mendakwa kos bahan mentah yang semakin meningkat turut menjadi punca kerugian premis makanannya.
“Setiap bulan kami negatif 30k,” jelasnya. pic.twitter.com/rWRpt8tqQ6
— FWB et cætera (@BMVFM) February 26, 2024
Dalam pada itu, Ustazah Asma’ berkata harga bahan mentah juga kian meningkat dan ia antara salah satu faktor berlakunya kerugian dalam premis makanannya.
Tuan-tuan bayangkan, setahun kami bertahan, kerugian kami dianggarkan 300k lebih. kami tanyalah akauntan ada berapa duit dalam akaun. Dia jawab, ‘Ustazah, ada 2k’.
Keluarkan wang simpanan, jual aset
Bahkan, pendakwah selebriti itu mengakui terpaksa meminjam, mengeluarkan wang simpanan serta menjual beberapa asetnya bagi memastikan kebajikan pekerja terjamin.
Malah mengakui kesuntukan masanya mengendali kerja-kerja dakwah membuatkan dia hilang fokus pada perniagaan.