Kerjasama Epik Antara Sony Pictures Untuk Filem ‘Venom: The Last Dance’ Bersama-Sama Fusion Wayang Kulit Raih Pujian Warga Maya

Filem

Kerjasama Epik Antara Sony Pictures Untuk Filem ‘Venom: The Last Dance’ Bersama-Sama Fusion Wayang Kulit Raih Pujian Warga Maya

Sony Pictures Malaysia, bersama-sama Fusion Wayang Kulit dengan bangganya memperkenalkan kolaborasi pertama yang menggabungkan Venom, seorang anti-hero Marvel ke dalam dunia wayang kulit tradisional Malaysia.

Projek ini ternyata telah menyatukan seni bercerita klasik bersama-sama elemen moden sekaligus mencipta satu bentuk seni baharu dan epik.

Advertisement

Dengan sentuhan kreatif Tintoy Chuo dan juga Pak Dain yang merupakan tok dalang terkenal di Kelantan, watak Venom telah diinterpretasikan dengan satu bentuk unik dalam seni yang penuh kehalusan ukiran dan wayang kulit yang cukup memukau.

Sony Picture fusion wayang kulit bekerjasam hasilkan venom

Sumber: Sony Pictures Malaysia

Kolaborasi selama dua bulan antara Sony Pictures Malaysia dan Fusion Wayang Kulit bermula dengan idea menggabungkan watak Venom ke dalam seni penceritaan tradisional Malaysia.

Kedua-dua pihak bekerjasama dan menghormati elemen tradisi Wayang Kulit sambil menyuntik karakter Venom yang gasar dan ‘gelap’ itu.

Projek ini berkembang dari sebuah konsep kemudian diinterpretasikan ke dunia wayang, menggabungkan seni persembahan tradisional dan perfileman moden.

Sony Picture fusion wayang kulit bekerjasam hasilkan venom

Sumber: Sony Pictures Malaysia

Sony Picture fusion wayang kulit bekerjasam hasilkan venom wayang kulitSumber : Sony Pictures Malaysia  

Sumber : Sony Pictures Malaysia

Sebagai pelancaran projek ini, penonton akan dapat menyaksikan video 60 saat yang menampilkan adegan ikonik dari trailer Venom.

Terdapat juga kandungan di sebalik tabir yang menunjukkan proses pembuatan patung Wayang Kulit oleh Tintoy Chuo dan Pak Dain. Video ini memperlihatkan penggabungan seni Wayang Kulit dengan elemen moden, menjadikan kolaborasi ini pengalaman visual yang unik.

Tonton video di bawah:

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

rumah dijual di shopee
5 hours ago

Impian Milik Kediaman Sendiri Makin Cerah, Kini Boleh Beli Rumah Teres RM250K Pakai SpayLater

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : SAYS.COM

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...