“Kerja-Kerja Macam Tu Biar Netizen Yang Buat” – Nabila Razali Minta Rakan Artis Jadi Contoh Yang Baik

Hiburan

“Kerja-Kerja Macam Tu Biar Netizen Yang Buat” – Nabila Razali Minta Rakan Artis Jadi Contoh Yang Baik

Penyanyi, Nabila Razali mengakui rasa terkilan dengan tindakan pelawak, Atu Zero yang menyindirnya dengan mengatakan dia tidak boleh menyanyi secara langsung atau live.

Menurut penyanyi berusia 30 tahun itu, perkara sebegitu tidak sepatutnya dilakukan oleh pelawak itu kerana seolah-olah mengajak orang ramai terus menghentam dirinya dengan isu berkenaan.

Advertisement

Nabila atau nama penuhnya Nur Nabila Mohd Razali berkata, dia sudah biasa menerima kecaman daripada netizen tetapi bukan daripada rakan selebriti.

Sebenarnya bukan isu besar sebab saya dah biasa dengan kecaman netizen. Cuma saya terkejut bila perbuatan tu datang daripada kawan industri yang cari periuk nasi yang sama.

Jelasnya lagi, apabila seorang ikon yang melakukan perkara seperti itu, ia membenarkan netizen untuk menganggap perkara sebegitu bukan satu masalah besar dan membolehkan mereka untuk melakukannya.

Sepatutnya kerja-kerja macam tu biar netizen yang buat. Kita sebagai selebriti kena jadi contoh yang baik.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Peluang Kedua itu memaklumkan dia sudah memaafkan pelawak itu dan enggan isu tersebut terus berpanjangan.

Memang saya terasa hati tapi saya dah ‘move on’. Saya dah maafkan dia dan semua yang menghina saya selama ini.

Dalam pada itu, Nabila mengakui pernah ‘terkucil’ ketika menyanyi live dua tahun lalu dan kejadian itu memberi kesan yang sangat mendalam buat dirinya.

2 years ago

Nabila Razali Terkilan Disindir, Ramai Warganet Sokong Atu Zero? - "Kena Terima, Kalau Tak Sampai Bila Tak Sedar"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...