Nabila Razali Terkilan Disindir, Ramai Warganet Sokong Atu Zero? – “Kena Terima, Kalau Tak Sampai Bila Tak Sedar”

Trending

Nabila Razali Terkilan Disindir, Ramai Warganet Sokong Atu Zero? – “Kena Terima, Kalau Tak Sampai Bila Tak Sedar”

Tindakan pelawak Atu Zero yang menyindir vokal Nabila Razali ketika program The Masked Singer membuatkan penyanyi itu tersinggung.

Nabila, 31, menganggap bahawa apa yang dikatakan Atu itu tidak lawak serta menyifatkannya ‘punchline‘ sebegitu tidak sepatutnya dijadikan bahan lawak dalam sesebuah program televisyen.

Advertisement

Menerusi Instagram, Nabila juga turut meluahkan rasa terkilan dan berkata dia memang berusaha untuk memperbaiki dirinya saban tahun.

Kepada semua pelawak, cubalah cari bahan lebih baik untuk membuatkan orang ketawa. Saya tidak marah, cuma sedikit kecewa. Mungkin ada orang perlu menjatuhkan orang lain demi membuatkan dirinya menyerlah.”

Atu juga telah tampil menjelaskan bahawa tindakannya mempersendakan Nabila ketika program itu bukan rekaan semata-mata tetapi ia pernah tular sebelum ini.

Jelas pelawak berusia 31 tahun itu, dia mengakui kesilapan namun berharap komen itu dijadikan pembakar semangat untuk penyanyi tersebut memperbaiki mutu nyanyian.

Menerusi tinjauan Beautifulnara di media sosial, ramai netizen menyokong dan bersetuju dengan kenyataan sindiran daripada Atu itu.

Malah, kata mereka perkara itu telah terbukti dengan kejadian Nabila terkucil ketika menyanyi secara langsung beberapa kali sebelum ini.

Dalam pada itu, sesetengah warganet mengakui mereka suka melihat Nabila berlakon drama dan memuji bakat lakonannya.

Malah mereka turut menyuarakan pendapat masing-masing dan berkata mungkin Nabila boleh teruskan kerjaya dalam bidang lakonan sahaja.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Belajar Vokal Masuk Kelas, Tapi Tang Tu Jugak" - Suara Nabila Razali Sekali Lagi Dikritik, Nampak Seksa Nak Nyanyi 'High Note'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...