Kereta Saya Dihimpit Sehingga Saya Terlanggar Pembahagi Jalan – Syarul Ridzwan

Hiburan

Kereta Saya Dihimpit Sehingga Saya Terlanggar Pembahagi Jalan – Syarul Ridzwan

Pagi tadi Syarul Ridzwan menerusi akaun Instagram miliknya memberitahu beliau terlibat dalam satu kemalangan jalan raya sehingga kereta Honda City beliau remuk pada bahagian hadapan.

Advertisement

Menerusi portal BH ONLINE, kejadian itu berlaku ketika Syarul dalam perjalanan ke Subang menuju ke Shah Alam sekitar 6.30 pagi tadi.

Puncanya bermula apabila sebuah kereta lain menghimpit kenderaan yang dipandu oleh Syarul  sehingga beliau terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Alhamdulillah saya okey. Cuma tangan saya mengalami sedikit luka. Begitupun, kereta Honda City saya nampaknya hancur teruk.

Selepas Subuh tadi memang saya berhasrat hendak keluar mencari makanan. Ketika memandu, ada kereta dari arah sebelah kiri menghimpit kereta saya hingga ke arah kanan jalan. Ia menyebabkan kereta saya terlanggar pembahagi jalan.

Ada peminat yang mendakwa Syarul memang gemar memandu dengan agak laju kerana aktor itu baru-baru ini memuat naik satu video beliau memotong kenderaan di lebuh raya.

Sebelum ini, Syarul pernah mengalami kemalangan membabitkan kereta sama pada Disember 2014 di Jalan Sungai Ujong, Seremban.

Tidak mahu kejadian yang sama berulang kembali, Syarul berjanji akan lebih berhati-hati sewaktu memandu selepas ini.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...