Menerusi portal BH ONLINE, kejadian itu berlaku ketika Syarul dalam perjalanan ke Subang menuju ke Shah Alam sekitar 6.30 pagi tadi.
Puncanya bermula apabila sebuah kereta lain menghimpit kenderaan yang dipandu oleh Syarul sehingga beliau terbabas dan melanggar pembahagi jalan.
Alhamdulillah saya okey. Cuma tangan saya mengalami sedikit luka. Begitupun, kereta Honda City saya nampaknya hancur teruk.
Selepas Subuh tadi memang saya berhasrat hendak keluar mencari makanan. Ketika memandu, ada kereta dari arah sebelah kiri menghimpit kereta saya hingga ke arah kanan jalan. Ia menyebabkan kereta saya terlanggar pembahagi jalan.
Ada peminat yang mendakwa Syarul memang gemar memandu dengan agak laju kerana aktor itu baru-baru ini memuat naik satu video beliau memotong kenderaan di lebuh raya.
Tidak mahu kejadian yang sama berulang kembali, Syarul berjanji akan lebih berhati-hati sewaktu memandu selepas ini.