Kereta Remuk Dirempuh Lori 3 Tan, Haneesya Hani Tidak Alami Sebarang Kecederaan

Hiburan

Kereta Remuk Dirempuh Lori 3 Tan, Haneesya Hani Tidak Alami Sebarang Kecederaan

Pelakon dan juga model, Haneesya Hanee khabarnya  berdepan detik cemas berikutan dia yang baru saja terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan menuju ke Bukit Fraser, Pahang, Sabtu lalu.

Haneesya Hani
3 years ago

Pernah Pakai Baju Raya Hasil Sedekah Orang Ramai, Haneesya Hanee Terkenang Kenangan Hidup Susah

Advertisement

Jelas Haneesya atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahalan,21, kereta yang dinaiki bersama beberapa penumpang lain itu telah dirempuh oleh sebuah lori 3 tan ketika melalui selekoh tajam.

Dia yang mempunyai penggambaran di sana berkata kemalangan itu disebabkan oleh titik buta (blind spot) kenderaan yang dinaikinya.

Siapa yang pernah ke Bukit Fraser pasti tahu keadaan jalan nak ke sana. Kejadian kemalangan itu berlaku ketika di selekoh tajam, jadi ada blind spot..tak nampak kenderaan dari depan.

Haneesya turut memuat naik foto gambar kereta miliknya yang remuk teruk di laman media sosial Instagram untuk tatapan peminat.

Dalam pada itu, pelakon drama Cik Reen Encik Ngok Ngek ini memaklumkan bahawa lori berkenaan dipandu dalam keadaan laju dan merbahaya sehingga ‘makan jalan’ bersebelahan.

Namun begitu, Haneesya bersyukur kerana dia tidak mengalamai sebarang kecederaan dan sempat menitipkan nasihat kepada orang ramai yang mahu melalui jalan yang sama supaya sentiasa berhati-hati.

“Kepada anda semua hati-hati kalau lalu kawasan ini sebab keadaan jalan yang tak berapa selamat. Terima kasih kepada yang ambil berat.” katanya lagi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...