Kereta Kena Pecah Dengan Tukul Besi, Safiq Rahim Pula Jadi Mangsa Serangan

Berita

Kereta Kena Pecah Dengan Tukul Besi, Safiq Rahim Pula Jadi Mangsa Serangan

Pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim dilaporkan telah menjadi mangsa serangan oleh dua individu tidak dikenali pada malam Selasa.

Kereta Safiq Rahim kena pecah

Safiq turut berkongsi insiden duka itu menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya bersama-sama laporan polis yang dibuat usai kejadian.

Advertisement

Tak sangka saya pula kena serang berdekatan pusat latihan JDT. Zaman kena berjaga-jaga.

Sudah buat laporan polis

Difahamkan kejadian itu berlaku sekitar jam 10 malam semasa pemain bola itu memandu kenderaannya setelah selesai mengambil barang di pusat latihan JDT.

Secara tiba-tiba datang sebuah motosikal dinaiki dua lelaki dan salah seorang pembonceng itu mengeluarkan tukul mengetuk cermin belakang kereta.

Ketukan itu membuatkan saya terkejut dan memberhentikan kereta dan kedua-dua lelaki itu berhenti di hadapan sambil menunjukkan tukul ke arah saya.

Akibat takut, saya mengundurkan kenderaan dan dua lelaki itu beredar.

Sebelum ini, terdapat dua kes khianat telah berlaku terhadap pemain bola negara iaitu Akhyar Rashid yang disamun di kediamannya serta Faisal Halim yang kini berada dalam keadaan stabil setelah disimbah asid oleh individu tidak dikenali.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Faisal halim
23 hours ago

Melecur Tahap 4, Faisal Halim Kini Berada Di ICU - "Seorang Suspek Warga Tempatan Ditahan Polis"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...