Penyanyi, Farisha Iris dilihat kerap memuat naik video bersama pelakon, Niezam Zaidi di laman TikTok miliknya.
Bagaimanapun, terdapat segelintir pihak yang kurang senang melihat hubungan rapatnya dengan pelakon berusia 30 tahun itu.
Tampil memberi respon, Farisha berkata dia terkilan dengan sikap segelintir netizen yang mengatakan dirinya tidak sesuai untuk bersama dengan Niezam.
Ramai yang komen, kenapa ambil crush dia, boyfriend dia, tunang dia. No comment, saya minta maaf.
Dan ada juga yang komen, bukan dia dengan tu ke? Bukan Niezam dengan itu ke ini ke? Alamak, Niezam sesuai lagi dengan itu.
Menurut penyanyi berusia 24 tahun itu, dia agak terkejut apabila membaca komen-komen sebegitu kerana menganggap dia lebih mengenali Niezam.
Bukan itu sahaja, penyanyi lagu Tak Malu itu turut memaklumkan bahawa dia dan Niezam hanya bersahabat baik.
Saya dengan Niezam bersahabat baik je. InshaAllah, kami tak ada apa-apa yang lebih pun sebenarnya.
@farisha_iris Replying to @Pateeeenn
Dia sahabat yang paling saya rapat, yang saya hormati dan doa-doakanlah kan.
Malah, Farisha berkata dia menghormati Niezam sebagai seorang rakan selebriti dan gemar berkongsi video mereka meluangkan masa bersama.
Kalau ada video yang best mesti saya akan kongsikan. Jangan komen-komen macam tu, nanti saya nangis.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.