“Saya Tak Nak Jadi Hipokrit” – Ismail Izzani Mengaku Masih Berseronok Dan Parti Di Kelab Malam

Hiburan

“Saya Tak Nak Jadi Hipokrit” – Ismail Izzani Mengaku Masih Berseronok Dan Parti Di Kelab Malam

Sedia maklum, penyanyi Ismail Izzani sebelum ini sering kali terpalit dengan isu-isu ‘panas’ dan antaranya adalah mengunjungi kelab malam sambil berpelukan dengan wanita dalam keadaan mabuk.

Susulan itu, Ismail sendiri mengakui bahawa dirinya masih pergi ke kelab malam untuk berseronok dan berparti biarpun sudah ‘kantoi’ sebelum ini.

Advertisement

Menurut penyanyi yang juga seorang pelakon itu, dia enggan bersikap hipokrit kepada orang ramai dan menyorokkan kelakuannya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ismailizzani_

Mengambil laporan Kosmo, Ismail atau mesra dikenali sebagai Mael itu mengatakan dirinya hanya manusia biasa dan tidak akan dapat lari dari membuat kesilapan dalam hidup.

Saya tahu batasnya. Kadang-kadang kawan kita ada di sana. Kadang-kadang juga, sebab nak berseronok. Orang media pun ada di sana juga.

Tambahannya lagi, dia tidak boleh memuaskan hati semua pihak dan menganggap haters banyak membantunya untuk sentiasa beringat bahawa diri tidak sentiasa betul.

Sebelum ini, tular satu video memaparkan Ismail Izzani sedang seronok bercumbu sambil memeluk seorang wanita dalam keadaan ghairah di kelab malam.

Ismail Izzani cium wanita
1 year ago

Tular Video Lelaki Mirip Ismail Izzani 'Syok' Peluk & Cium Wanita Seksi Di Kelab Malam?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...