Gara-gara tular isu janggut milik suami Heliza Helmi, nampaknya orang lain yang berjanggut pula yang terkena tempias.
Begitulah yang dialami oleh pelakon Sharnaaz Ahmad apabila dia telah diminta untuk meluruskan janggutnya oleh segelintir peminat di luar sana.
Perkara tersebut turut dikongsikan pelakon filem Jebat itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya, baru-baru ini.
“Disebabkan orang lain, janggut aku pula yang disuruh rebonding. Sama tapi sangat berbeza.” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Dalam pada itu, duda anak satu itu turut memuat naik foto di mana dia dilihat telah memotong dan merapikan janggut serta jambangnya.
“Okey aku dah kemaskan jambang supaya tiada kekeliruan.” selorohnya lagi.