“Jangan Takut Untuk Laporkan” – Sharnaaz Ahmad Nasihatkan Mangsa Keganasan Rumah Tangga Untuk Buat Aduan

Hiburan

“Jangan Takut Untuk Laporkan” – Sharnaaz Ahmad Nasihatkan Mangsa Keganasan Rumah Tangga Untuk Buat Aduan

Pelakon, Sharnaaz Ahmad menasihatkan kepada semua mangsa keganasan rumah tangga agar tampil membuat aduan demi keselamatan mereka.

Sharnaaz Ahmad sang bara
2 years ago

"MLM 2021 'Low' Dari Setiap Peserta, Dari Skala 10 Saya Bagi 5.35 Je.." - Sharnaaz Ahmad

Advertisement

Menurut Sharnaaz, masalah tersebut akan menjadi lebih parah sekiranya mangsa berdiam diri dan tidak mengambil tindakan untuk melindungi diri dan keluarga mereka.

Jangan takut untuk laporkan sekiranya berlaku keganasan dalam rumah tangga anda. Terus buat aduan kepada pihak berwajib dan dapatkan khidmat nasihat segera.

Sharnaaz memaklumkan perkara tersebut ketika diminta mengulas lanjut tentang isu keganasan rumah tangga yang semakin berleluasa kini.

Isu tersebut juga menjadi antara elemen yang diketengahkan dalam drama terbaru lakonannya iaitu I Promise Janji Anaqi yang kini ditayangkan di Astro Ria.

Sharnaaz Ahmad

Tambah Sharnaaz lagi, keganasan rumah tangga tidak mendiskriminasi jantina kerana mangsa boleh terdiri daripada lelaki mahupun perempuan.

Sharnaaz turut memberitahu yang perkara tersebut akan bermula kecil tetapi lama kelamaan akan menjadi besar sehingga sukar untuk dikawal.

Bukan itu sahaja, Sharnaaz sempat juga memaklumkan yang mangsa perlu cepat-cepat laporkan kejadian jika perkara tersebut berlaku dan jangan biarkan ia melarat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...