Kerana Sering Diganggu, Bapa Lekatkan Anak Kecil Ke Lantai Guna Sellotape

Trending

Kerana Sering Diganggu, Bapa Lekatkan Anak Kecil Ke Lantai Guna Sellotape

Umum menyedari bahawa kini negara kita sudah memasuki fasa ke-3 dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai usaha memutuskan rantaian penularan COVID-19.

Zahirah aiman
26 mins ago

(VIDEO) Rumah 'Baru' Zahirah MacWilson Dan Aiman Hakim Ridza Jadi Tumpuan, Peminat Puji Cantik - "Berbakat Aiman Jadi Kontraktor"

Advertisement

Oleh itu, ramai daripada kita kini terpaksa bekerja dari rumah dalam jangka masa yang sangat lama. Walau bagaimanapun, melakukan tugasan pejabat di rumah bukanlah sesuatu pekerjaan yang mudah, tambahan lagi jika mempunyai anak kecil di rumah. Sudah pastinya sukar untuk menumpukan perhatian dalam melakukan tugasan kerja jika diganggu oleh anak kecil. Boleh hilang sabar dibuatnya.

Sama seperti apa yang terjadi kali ini, seorang lelaki yang dipercayai tidak mahu diganggu semasa sedang melakukan pekerjaan dari rumah telah melekatkan anak kecilnya ke lantai dengan menggunakan pelekat sellotape.

Gambar Hiasan

Dapat dilihat keadaan rumahnya yang agak ‘tunggang langgang’, dan ramai berpendapat bahawa itu adalah berpunca daripada kerenah si kecil.

Melihat kejadian mencuit hati itu, membuatkan si ibu bertindak membuat perkongsian di Facebooknya.

Ibu memasak, bapa bekerja dan anaknya pula terbaring di atas lantai.

Menariknya disini, dengan hanya 4 potong pelekat sellotape si bapa kepada kanak-kanak yang berusia sekitar 2 atau 3 tahun itu, telah berjaya membuatkan si kecil itu terdiam dan terpaku tanpa menangis walaupun diperlakukan sedemikian.

Lepas ni duduk diam-diam ye dik.

Kanak-kanak dilekatkan ke lantai

Bagaimanapun, kejadian ini bukanlah sesuatu yang serius, malah ianya hanyalah dianggap gurauan si bapa dalam menenangkan anaknya.

Apa pendapat anda?

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...