Seperti diketahui ramai, B40 merupakan golongan isu rumah yang mempunyai pendapatan rendah dan disebabkan itu banyak manfaat diterima daripada pihak kerajaan berbanding golongan berpendapatan tinggi iaitu T20 dan M40.
Walaupun masyarakat sangat memahami golongan B40 sememangnya perlu dibantu oleh kerajaan dari segi beberapa faktor, masih juga yang datang dari golongan berpendapatan tinggi meluahkan rasa tidak puas hati kerana tidak dibantu oleh pihak kerajaan.
Baru-baru ini, seorang individu di Twitter meluahkan rasa berang kerana tiada sebarang bantuan untuk golongan T20 dan M40.
Susah betul bila T20 ni tak faham konsep ada orang yang jauh lebih susah daripada dia pic.twitter.com/7NofvBZRPz
— Abah (@chairman_GLC) February 21, 2023
Dirinya berasa kerajaan terlalu ‘memanjakan’ golongan B40 dengan memberi pelbagai bantuan dari segi kewangan, makanan harian serta cukai.
Malah individu tersebut merasakan bantuan sepatutnya diberi secara adil dan rata tidak kira mana-mana golongan sekali pun.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki terbabit dengan meluahkan perkara tersebut dan ramai berpendapat, kata-kata individu itu jelas memaparkan diri mempunyai rasa dengki serta tidak puas dengan harta yang sudah dimiliki olehnya.