“Mak Bapak Anak Sama Selekeh!” – Hiasan Lego Dalam ‘Mall’ Hancur, Ramai Salahkan Golongan B40

Kehidupan

“Mak Bapak Anak Sama Selekeh!” – Hiasan Lego Dalam ‘Mall’ Hancur, Ramai Salahkan Golongan B40

Baru-baru ini, susunan blok lego gergasi perkataan ‘Sunway Carnival’ yang merupakan hiasan di dalam pusat membeli-belah di Pulau Pinang tidak berkekalan kerana ada ‘tangan-tangan’ yang tidak bertanggungjawab menyentuhnya.

Melalui perkongsiaan seorang pengguna di Facebook itu, kelihatan orang dewasa serta anak-anak berasa teruja ‘mengusik’ lego berkenaan hingga hilang rupa asalnya.

Advertisement

Buruk perangai. Mak bapak anak semua perangai sama. Dah terang-terang tulis jangan duk ubah blok lego tu.

golongan b40 usik lego

Dalam pada masa yang sama, pengguna yang memuat naik foto itu turut berasa kasihan kepada kakitangan pusat membeli-belah terbabit kerana perlu menyusun semula lego berkenaan.

Tambahannya lagi, mustahil pengunjung tidak peka dengan amaran yang sudah diletak di kawasan tersebut agar yang datang melihatnya tidak menyentuh lego-lego terbabit.

komen facebook

Posting berkenaan telah meraih banyak perhatian daripada warganet yang tidak bersetuju dengan cara pengunjung-pengunjung menyentuh lego terbabit, malah mereka turut merasakan mereka semua merupakan golongan B40.

komen facebook

Bagaimanapun, ada juga netizen yang tidak bersetuju apabila ramai yang menuduh golongan B40 merosakkan hiasan lego terbabit.

Malah, ramai juga yang mempersoalkan poster larangan yang tertulis di dalam bahasa Inggeris kerana mereka berpendapat ia sepatutnya ditulis dalam bahasa Kebangsaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

4 bulan lalu

"Entah-Entah Anak Awak Dah Tak Ada Dara" - Anak Azhar Sulaiman Didakwa Ada Skandal Dengan Suami Orang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...