“Kerajaan Teliti Kaji Semula Harga Pelitup Muka & Kit Ujan Kendiri” – KPDNHEP

Berita

“Kerajaan Teliti Kaji Semula Harga Pelitup Muka & Kit Ujan Kendiri” – KPDNHEP

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kerajaan sedang meneliti keperluan mengkaji semula harga siling untuk Kit Ujian Pantas Antigen Covid-19.

Menurut Datuk Seri Alexander, kerajaan sentiasa mengambil kira keperluan dan kepentingan pengguna terutama dari aspek kecukupan bekalan di pasaran serta mendapatkan harga pelitup muka dan kit ujan kendiri pada harga yang tidak membebankan.

Advertisement

Menurut laporan Kosmo, harga maksimum kit ujian itu telah ditetapkan RM19.90 di peringkat runcit dan RM16.00 di peringkat borong di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

testkit

Bagi menjawab pertanyaan Tuan Cha Kee Chin (Rasah) mengenai apakah kementerian akan mengkaji semula dan mengurangkan harga siling untuk pelitup muka dan kit ujian kendiri, di samping menetapkan harga siling untuk oximeter dan penyukat suhu.

Datuk Seri Alexander menjawab, dari aspek keberadaan bekalan di pasaran, kerajaan telah mewartakan Kit Ujian Pantas Antigen Covid-19 ini sebagai barang kawalan di bawah Perintah Kawalan Bekalan pada 24 November 2021 yang lalu dan telah dikuatkuasakan pada 1 Disember 2021 yang lalu.

Selain itu, bagi menjamin kestabilan harga dan keberadaan bekalan pelitup muka dalam negara, Kementerian telah mewartakan pelitup muka sebagai barang kawalan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan telah menetapkan harga maksimum bagi pelitup muka ini di bawah Perintah Kawalan Harga Dan Antipencatutan pada 1 November 2020.

Pada masa ini, harga maksimum peringkat runcit untuk pelitup muka satu lapisan ialah 7 sen seunit, dua lapisan pada harga 20 sen seunit dan tiga lapisan pada harga 70 sen seunit

KPDNHEP

Dalam pada itu, berhubung dengan cadangan supaya kementerian menetapkan harga siling peranti oximeter dan penyukat suhu, Datuk Seri Alexander berkata beliau menghargai dan menyambut baik cadangan tersebut dan memaklumkan penetapan harga ke atas peranti tersebut akan dilaksanakan jika terdapat keperluan.

kj
2 years ago

KKM Perkenal ‘Website’ Protokol Kesihatan COVID-19 Bagi Kemudahan Pengembara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...