KKM Perkenal ‘Website’ Protokol Kesihatan COVID-19 Bagi Kemudahan Pengembara

Berita

KKM Perkenal ‘Website’ Protokol Kesihatan COVID-19 Bagi Kemudahan Pengembara

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah memperkenalkan dan melancarkan satu website yang mempunyai protokol berkaitan Covid-19 bagi memudahkan pengembara dan rakyat Malaysia untuk memasuki negara.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata portal tersebut akan dikemaskini dari semasa ke semasa tentang protokol yang perlu diikuti oleh pengembara dan warganegara yang akan memasuki pintu sempadan negara bermula 1 April.

Advertisement

Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ turut menjelaskan bahawa terdapat beberapa perincian protokol bagi pengembara yang ingin memasuki Malaysia.

website

Antaranya jika seseorang sedang menjalani kuarantin sebelum 1 April 2022, perintah kuarantin individu tersebut akan tamat pada 1hb April.

Menurutnya, sebagai contoh jika seseorang individu mula menjalani kuarantin pada 29 Mac, kuarantin tersebut akan tamat pada 1 April 2022.

Tambahnya lagi, antara protokol lain adalah kanak-kanak dan remaja berumur 17 dan ke bawah, tanpa mengira status vaksinasi, tidak perlu menjalani kuarantin. Mereka hanya perlu melakukan ujian Covid-19 kit ujian pantas (RTK) antigen dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan di Malaysia.

kj

Untuk sesiapa yang tidak mendapat vaksinasi lengkap atau tidak menerima vaksinasi langsung, perlu menjalani kuarantin selama 5 hari selepas ketibaan di Malaysia.

Malah, jelas KJ, selepas individu tersebut keluar dari kuarantin, individu itu mesti mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. Sebagai contoh, tidak boleh dine-in di restoran kerana tidak menerima vaksinasi lengkap.

Selain itu, KJ turut memaklumkan protokol bagi pengembara yang dikecualikan daripada menerima vaksinasi atas faktor kesihatan, individu tersebut perlu memuat naik bukti pengecualian yang diberikan oleh pegawai perubatan ke dalam aplikasi MySejahtera.

Cuti kuarantin diperluas
2 years ago

Cuti Kuarantin Kini Diperluas, Termasuk Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Dan Pengasingan - KPPA

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...