Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan kerajaan bersedia untuk mengisytiharkan darurat berikutan cuaca panas yang kini sedang melanda negara.
Bagaimanapun, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berkata perkara itu belum diputuskan dan kerajaan masih membuat pemantauan buat masa ini. Lapor, Sinar Harian.
Kita sedang membuat pemantauan 24 jam sehari dan kalau ada darurat, pengumuman akan dibuat. Buat masa ini belum lagi.
Sekarang kerajaan mengambil langkah proaktif dan tidak lagi berjaga-jaga di dalam menangani cuaca panas.
Bukan itu sahaja, beliau turut memaklumkan langkah proaktif termasuk kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) untuk melakukan pembenihan awan di tujuh empangan.
Seperti yang ramai ketahui, cuaca panas yang melanda negara telah mengganggu aktiviti rakyat Malaysia terutama pelajar sekolah selain meningkatkan risiko strok haba.
Namun, pengumuman darurat tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai dan perdebatan dalam kalangan netizen.
Meninjau ruangan komen di laman Facebook, ada segelintir ibu bapa yang meminta kerajaan untuk mempercepatkan keputusan berkenaan kerana bimbang dengan keselamatan anak-anak bersekolah.
Lain pula dengan pendapat segelintir pihak yang mempersoalkan keputusan darurat tersebut sama ada ianya benar-benar tindakan yang perlu dilakukan ketika ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.