Kerajaan Pertimbang Individu Lengkap Dua Dos Vaksin Rentas Negeri Jumpa Keluarga

Trending

Kerajaan Pertimbang Individu Lengkap Dua Dos Vaksin Rentas Negeri Jumpa Keluarga

Kerajaan sedang memperhalusi cadangan untuk membenarkan keluarga atau pasangan jarak jauh yang sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 untuk merentas negeri berjumpa keluarga.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya memaklumkan beliau sering membawa isu itu dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mempertimbangkan kelonggaran individu untuk merentas negeri bertemu keluarga.

Advertisement

“Sebagai seorang bapa, saya sedar betapa pentingnya insititusi kekeluargaan. Walaupun atas faktor keselamatan, ibubapa tidak sepatutnya terpaksa berpisah dengan anak-anak dalam tempoh yang terlalu lama lebih-lebih lagi jika mereka sudah lengkap menerima dua dos vaksin”- Ismail Sabri

Hal ini berhubung apabila beliau memberi respon terhadap komen-komen daripada netizen yang menyuarakan keluhan pasangan jarak jauh dan ibu bapa yang terpisah dengan anak-anak.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mencadangkan supaya individu yang lengkap menerima dua dos vaksin diberikan kelonggaran mengenai SOP yang telah ditetapkan.

1 year lalu

‘Kelonggaran Individu Lengkap Vaksinasi Sekurang-Kurangnya Membeli Belah Dan Merentas Daerah’ - PM

Sumber

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...