Sememangnya setiap individu yang sudah bergelar ibu bapa pasti akan sentiasa mempunyai perasaan bimbang terhadap anak-anak mereka terutamanya mengenai keselamatan anak.
Seperti satu kisah seorang bapa ini, anak perempuannya berusia empat tahun cedera di bahagian kepala pada hari pertama beliau menghantarnya ke sebuah tadika.
Ketika ditemubual oleh mStar, bapanya memberitahu telah terima satu mesej dari guru memberitahu kepala anak tercedera akibat berlari-lari lalu terhantuk pada pintu.
Sesudah itu, beliau bergegas ke tadika anaknya serta akui luluh hati apabila lihat tepi kiri sebelah mata anaknya sudah tertampal dan oleh disebabkan itu, anaknya demam untuk tempoh dua hari.
Tambahannya lagi, dia berasa terkilan melihat cara pemilik tadika terbabit menguruskan hal insiden yang telah berlaku ini, namun dia tidak bermaksud ingin mengaibkan mana-mana pihak cuma mahu jadikan ia sebagai pengajaran kepada semua orang.
Cikgunya ada minta maaf melalui WhatsApp selepas hantar gambar itu. Tapi selepas itu tak ada contact dah. Respons yang saya terima sangat mengecewakan.
Dalam pada itu, beliau sempat berkata sepatutnya pada hari pertama cikgu seharusnya ‘alert’ dengan keadaan sekeliling kerana sememangnya budak-budak akan berseronok bersama rakan mereka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.