Kepada Joyah, Sinus Bukan Barah Otak, Sila Research Terlebih Dahulu

Kepada Joyah, Sinus Bukan Barah Otak, Sila Research Terlebih Dahulu

aleeza kasim

Wah,wah,wah. Bukan main kasar cik Joyah kita nie. Sesedap hati dia cakap kami tulis Aleeza Kasim kena barah otak. Kami cakap mungkin dia terkena Sinus. Sinus dan barah otak adalah 2 perkara yang tersangat berbeza ye. Sinus tue ala-ala macam resdung tau. Jauh beza tue ngan barah otak. Boleh refer post sebelum nie yang kami cerita pasal Aleeza Kasim masuk hospital buat pembedahan untuk mengetahui apa yang terjadi.

Advertisement

Macam biasa la di pagi hari Ahad kami memang suka melayan Pancaindera dan BiPop. Terkejut beruk kami bila baca ruangan JoyahSpot yang citer pasal Aleeza Kasim. Baca satu persatu memang sah si Joyah hentam BeautifulNara. Meh kitorang detailkan kat sini:-

  • Joyah cakap kami tulis dia kena barah otak. Padahal sangat-sangat clear kami cakap maybe dia terkena sinus. Dan seperti yang cik Joyah cakap, memang dia ada nanah dalam hidung. So memang tak ada kaitan langsung dengan otak.
  • Joyah cakap kitorang pertikaikan siapa yang bayar duit pembedahan tue. Meh kitorang quote balik apa yang kami tulis ek. Baca kat bawah nie:

[note]Artis-artis ni buat pembedahan mahal-mahal ni , korang rasa sapa bayar? kalau yang pegi hospital kerajaan mungkin sebab takde duit, atau pon sebab artis tu takde insurans. Haaa, bab insurans ni Kak Nara memang expert OK, sebab korang jangan tak tahu pekerjaan sebenar Kak Nara adalah insurans ejen. Haaaaa~~ mesti korang takut dengar kan? hahaha.[/note]

Ada ke kami cakap yang Aleeza Kasim tak ada insurans? Kami just mengajak readers semua meneka siapa yang bayar kos pembedahan tue. Kalau ada insurans lagi bagus. Kalau suami bayar pun bagus jugak. Dan yang paling penting, kalau tak ada insurans, sangat-sangat digalakkan untuk ambil sebab kita tak tahu bila kita nak sakit. Tak gitu?

Buat cik Joyah, harap-harap selepas nie jangan baca sekali harung je apa yang kami tulis. Baca betul-betul ye. Tak pun buat research apa itu sinus. Jangan main terjah jer. Hehehe. Anyway kepada Cik Joyah, kitorang suka sangat baca ruangan cik Joyah. Memang terbaik gosip-gosip dia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...