Kementerian Kesihatan Malaysia, hari ini melaporkan melalui satu kenyataan medianya telah menasihatkan pengguna supaya mengelak dari menggunakan satu produk keluaran Vida Beauty yang telah dikesan mengandungi racun berjadual iaitu Merkuri/Raksa.
Menurut KKM, produk yang dikenalpasti berkenaan yang terjejas merkuri ialah QU Puteh Whitening Pro 9 bernombor notifikasi NOT151106644K.
Oleh itu orang ramai tidak dibenarkan menggunakan produk tersebut dan juga produk berkenaan tidak dibenarkan lagi penjualannya di Malaysia.
Menurut KKM lagi, mereka telah mendapat pengesahan mengenai perkara ini melalui Biro pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) yanng menerima laporan daripada pengguna yang dikatakan mengalamo tinnitus(bingit@bengang telinga) dan keguguran rambut selepas menggunakan produk berkenaan.
Hasil maklumat dari laporan berkenaan, BPFK telah membuat ujian persampelan dan menguji di mana didapati QU Puteh Whitening Pro 9 mengandungi Merkuri.
Berikut adalah kenyataan penuh KKM
Sumber: Kementerian kesihatan Malaysia