Brunei Haramkan Penjualan 2 Produk Qu Puteh, Dakwa Mengandungi Bahan Merbahaya

Trending

Brunei Haramkan Penjualan 2 Produk Qu Puteh, Dakwa Mengandungi Bahan Merbahaya

Brunei-Qu-Puteh

Kerajaan Brunei telah mengharamkan penjualan dua produk Qu Puteh kerana didakwa mengandungi bahan-bahan yang berbahaya, sebagaimana lapor portal berita Brunei, The Times Brunei.

Dua produk yang dimaksudkan adalah krim kosmetik pemutih Qu Puteh Pro 9 dan kosmetik Qu Puteh Whitening UV Block.

Advertisement

Memetik laporan portal The Brunei Times, kementerian kesihatan negara itu menerusi kenyataan hari ini berkata, pihaknya telah membuat ujikaji terhadap produk tersebut menerusi Bahagian Kawalan Kualiti Dadah di bawah Jabatan Perkhidmatan Farmasi.

Kapsul Chantique Beauty Slimming Herbal didapati mengandungi spironolactone manakala dua produk kosmetik didapati mengandungi merkuri.

Bahan-bahan itu boleh menyebabkan kesan buruk yang merbahaya kepada pengguna produk berkenaan.

Penggunaan tanpa pengawasan boleh menyebabkan kelesuan, kekeliruan, mengantuk, pening, rasa tidak selesa pada payudara dan pembesaran, haid yang tidak teratur, kejang, keguguran rambut dan ruam kulit.

Terdedah kepada merkuri pula boleh menyebabkan ruam kulit, kehilangan ingatan, lemah otot dan kerosakan kepada otak dan buah pinggang.

Kementerian itu turut memberi amaran kepada mereka yang terlibat dalam penjualan produk itu termasuk peruncit dalam talian bahawa penjualannya adalah satu kesalahan dan mereka yang didapati bersalah menjual produk yang diharamkan boleh dikenakan denda sehingga $5,000 (RM15045.46) atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, kementerian kesihatan berkenaan menasihati orang ramai yang telah membeli produk berkenaan supaya berhenti daripada menggunakannya dan segera mendapatkan rawatan jika mengalami tindak balas yang tidak diingini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...