Kenyataan Fauzi Nawawi Makan Diri, Netizen Dakwa Artis ‘Acah-Acah’ Penting Hiburkan Peminat

Hiburan

Kenyataan Fauzi Nawawi Makan Diri,  Netizen Dakwa Artis ‘Acah-Acah’ Penting Hiburkan Peminat

Semalam, pelakon Fauzi Nawawi ada menganjurkan siaran langsung di media sosial Instagramnya bersama aktres Jasmin Hamid dan juga Hafeez Mikail.

4 years ago

“Fauzi Nawawi Memang Jadi Mangsa Orang Dengki" - Isu Video Panas, Lisdawati Tampil Buka Mulut

Advertisement

Dalam sesi IG Live tersebut, Fauzi ada menyampaikan pesanan khas buat orang ramai di luar sana agar sentiasa menjaga adab apabila berbicara dengan artis berikutan penggiat seni hanyalah bekerja untuk menghiburkan peminat.

Ujar Fauzi lagi, dia telah berdepan pelbagai suka duka bergelar anak seni dan sepatutnya peminat perlu memberi sedikit ruang untuk mereka ‘bernafas’.

https://www.instagram.com/tv/CUpqA98N8Ex/?utm_source=ig_web_copy_link

Namun begitu, kenyataan Fauzi itu telah mengundang reaksi yang pelbagai daripada netizen dan dilihat seperti memakan diri sendiri.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil membidas kenyataan Fauzi dan menyatakan bidang lakonan merupakan kerjaya buat mereka yang bergelar selebriti selain dibayar gaji yang tinggi.

Berikutan itu, istilah ‘menghiburkan’ dilihat seperti tidak relevan kerana penggiat seni dibayar untuk muncul di kaca televisyen serta penonton seolah ‘membayar’ sebarang hiburan yang mereka ingin nikmati.

Penatlah tengok artis acah-acah galas tanggungjawab besar dan banyak berjasa kepada masyarakat umum. Maaf, pak cik staff pembersihan lagi berjasa.

Rakyat tengok drama atau filem di televisyen bukan 100 peratus percuma. Kami tengok iklan dan beli barang yang diiklankan. Duit itu pusing balik sebagai dana buat drama. Jadi, kami tidak hutang satu sen pun.

Dalam pada itu, terdapat juga peminat yang menyokong kenyataan Fauzi dan meminta para artis supaya sentiasa bersabar kerana kritikan dan kutukan adalah seperti asam garam apabila sudah bergelar selebriti.

Sekadar info, Fauzi bersama Jasmin dan Hafeez tampil dalam sesi IG Live itu bagi membincangkan mengenai cabaran bergelar anak seni yang sentiasa menerima kecaman daripada peminat.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...