“Fauzi Nawawi Memang Jadi Mangsa Orang Dengki” – Isu Video Panas, Lisdawati Tampil Buka Mulut

Hiburan

“Fauzi Nawawi Memang Jadi Mangsa Orang Dengki” – Isu Video Panas, Lisdawati Tampil Buka Mulut

Mengakui enggan mengulas lanjut mengenai video lucah mirip suaminya, Fauzi Nawawi yang tersebar dan tular di media sosial beberapa hari lalu, pelakon Lisdawati tampil perjelas yang suaminya telah menjadi mangsa pihak yang mempunyai hasad dengki.

lisdawati isu video bogel fauzi nawawi

Advertisement

Menurut Lisda, beliau tidak mahu memberi sebarang ulasan. Hal ini kerana, dirinya seakan bersetuju untuk tidak membuka aib suami.

“Abang memang jadi mangsa orang yang mendengki, saya hanya serah pada yang berkuasa.”

Ringkas dan padat, itu sahaja yang boleh dinyatakan Lisda selepas diminta mengulas isu video bogel seorang lelaki mirip suaminya dengan aksi melakukan onani yang tular tempoh hari.

video bogel capmelan fauzi nawawi

Advertisement

Terdahulu, Fauzi dikhabarkan bakal mengambil tindakan dengan membuat laporan polis agar individu yang menyebarkan video tersebut akan dihadapkan ke muka pengadilan.

lisdawati isu video bogel fauzi nawawi

Video tersebut juga bukan sahaja tersebar di Malaysia semata-mata, namun dikhabarkan mula tular di Indonesia selepas mendapat kiriman mesej yang sama daripada peminat di negara jiran tersebut.

Untuk rekod, Lisda dan Fauzi mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007. Mereka dikurniakan empat cahaya mata dan Fauzi turut mempunyai empat orang anak lagi hasil dari perkahwinan terdahulu.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...