May 29th, 2015

Baru-baru ini, Akim telah mengeluarkan kenyataan tentang Stacy yang sudah hampir memeluk agama Islam. Sudah tentu ini satu perkara yang menggembirakan bukan sahaja untuk Akim, tetapi untuk para peminat yang sudah tidak sabar untuk melihat mereka disatukan sebagai suami isteri. Namun begitu, rupa-rupanya di pihak Stacy, kenyataan tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang dan terkilan kerana ia adalah satu perkara yang amat sensitif untuk dibincangkan secara terbuka.

akim dan stacy

Menurut Stacy, Akim tidak pernah memberikan kenyataan sebegitu dan ia telah diputarbelitkan oleh media untuk mensensasikan lagi kisah tersebut. Kata Stacy:-

Dia (Akim) tidak cakap begitu sebenarnya mengenai isu agama. Bab agama adalah perkara yang sensitif dan ia bukan saja membabitkan saya, tapi keluarga juga.

Saya tidak gembira dan terkilan apabila kenyataan Akim diputarbelitkan daripada kenyataan sebenar sehingga menimbulkan kekeliruan yang lebih serius.

Sebab itu ada baiknya jika saya atau Akim tidak jawab apa-apa lagi mengenai hubungan kami. Cukuplah orang sudah tahu kami berkawan dan hal-hal lain biarlah kami simpan dulu.

Apa pun perkembangan hubungan kami selepas ini tidak kiralah soal saya akan memeluk Islam atau berkahwin pun, rasanya kami tidak mahu hebahkan lagi sebab bimbang timbul kekeliruan begini.

Banyak hal yang berlaku sekarang ini disebabkan sikap pengguna media sosial itu sendiri yang melampau dan tidak sensitif. Mereka sengaja membesar-besarkan dan mereka sesuatu isu sehingga mencetuskan pelbagai salah faham.

Saya tidak akan ambil apa-apa tindakan buat masa ini walaupun sudah terkena teruk dengan kes memeluk Islam ini, tapi kalau perkara begini berulang dan lebih melampau, saya tidak teragak-agak bertindak.

akim stacy

Rasanya semenjak dua ini memang cerita Akim dan Stacy seringkali dipaparkan di media-media. Mungkin ramai yang dah tak sabar nak tengok mereka berkahwin. Namun nampak gayanya Stacy masih belum bersedia lagi. Buat masa ini, hanya doa yang mampu kita titipkan. Semoga ada jodoh antara mereka berdua. Doakan yang terbaik. Good luck Akim and Stacy. Sumber Harian Metro.


Comments are closed.

Loading...